Monday 19 September 2011

OBJEKTIF UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Objektif  Unit  Bimbingan Dan Kaunseling 

  • Meningkatkan kecemerlangan akademik murid dengan mengadakan:
           Pemilihan mata pelajaran secara berkesan
           Kemahiran belajar.
  •  Memberi pendedahan kerjaya kepada murid dengan cara melaksanakan :
            Mengumpul dan menyebarluaskan maklumat pelajaran dan peluang peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam, swasta dan institusi latihan kemahiran.
            Ujian psikometrik.
  •  Berusaha mempertingkatkan sahsiah murid melalui:
             Program psikososial.
             Program kesejahteraan mental.

  • Meningkatkan kefahaman mengenai keibubapaan dan perkembangan kesejahteraan individu melalui:
             Konsultasi keibubapaan.
             Kaunseling keluarga.
  •  Mencapai Sekolah Bebas Dadah menggunakan pendekatan pendidikan pencegahan dadah  melalui:-
             Pendekatan Keluarga Cemerlang
                                     Pembentukan Jati Diri Remaja
                                    Sekolah Bebas Dadah

  • Membangunkan daya kepimpinan dan pembangunan diri murid melalui:-
            Mengenal Diri Dan Potensi Diri
            Kemahiran Kepimpin
            Kehidupan Bermasyarakat
            Penyelesaian Masalah

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan bangsa Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
dan keluarga serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran masyarakat, negara dan keluarga ".

MISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


MISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


·   Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan   berkesan.

·   Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan
   berakhlak mulia.

·   Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.

·   Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program
   bimbingan dan kaunseling.

·   Memberikan  pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.

·   Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan murid.

VISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


VISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik dan efektif dari aspek fizikal perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan murid dan sekolah.

Hari Pertama..

Hari ini merupakan hari pertama blog UBK SMK Bandar Banting ditubuhkan..Diharap, dengan penubuhan blog ini, dapat memberikan kebaikan, faedah kepada semua..Dialu-alukan untuk memberi sebarang cadangan dan informasi bagi mempertingkatkan lagi prestasi unit bimbingan dan kaunseling di SMK Bandar Banting..;)